Kedudukan
ulama rabbani sangatlah tinggi dalam Dien yang mulia ini. Allah Ta'ala
telah mengangkat darjat mereka dan memuji mereka dalam Tanzil-Nya.
Demikian pula pujian datang melalui lisan Rasul-Nya dalam
mutiara-mutiara hikmah yang baginda tuturkan. Dan tidak ada yang tahu
kadar ulama dan memuliakannya sesuai dengan apa yang berhak mereka
dapatkan kecuali orang-orang yang mulia. Kerana itu, sepantasnyalah bagi
orang yang ingin mendapatkan kemuliaan untuk mengagungkan mereka
melalui lisan dan tulisan, tidak melanggar kehormatan mereka dan tidak
merendahkan mereka. Telah datang ayat-ayat Qur`an, hadits-hadits
nabawiyah dan atsar-atsar pilihan yang berisi larangan dari perbuatan
tersebut. Satu dari ulama rabbani yang memiliki hak untuk kita muliakan
adalah As-Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi, seorang alim yang sekarang
menjadi mufti di daerah Jizaan. Salah seorang murid beliau, As-Syaikh
Muhammad bin Hadi bin Ali Al-Madkhali menuturkan secara ringkas cerita
hidup beliau sebagaimana dinukilkan dalam Ibrah kali ini. Semoga
semangat ilmiah dan amaliyah beliau dapat menjadi ibrah bagi kita.
NAMA DAN NASAB BELIAU
Beliau
adalah Asy-Syaikh Al-Fadlil Al-Allamah, Al-Muhaddits, Al-Musnad,
Al-Faqih, mufti daerah Jizaan, pembawa bendera sunnah dan hadits di
sana. As-Syaikh Ahmad bin Yahya bin Muhammad bin Syabir An-Najmi dari
keluarga Syabir dari Bani Hummad, salah satu kabilah yang terkenal di
daerah Jizaan.
Dilahirkan di Najamiyah pada
tanggal 26 Syawwal 1346 hijriyah, beliau membesar dalam asuhan kedua
orang tua yang shalih. Keduanya bahkan bernazar untuk Allah dalam urusan
puteranya ini, iaitu mereka berdua tidak akan membebani Ahmad An-Najmi
dengan satu pun dari pekerjaan dunia. Dan sungguh Allah telah
merealisasikan apa yang diinginkan pasangan hamba-Nya ini.
Ayah
dan ibu yang shalih ini menjaga beliau dengan sebaik-baiknya,
sampai-sampai keduanya tidak meninggalkan beliau bermain bersama
anak-anak yang lain. Ketika mencapai usia tamyiz, ayah dan ibu yang
mulia ini memasukkan beliau ke tempat belajar yang ada di kampungnya. Di
sini beliau belajar membaca dan menulis. Demikian pula membaca
Al-Qur`an, beliau pelajari di sini sampai tiga kali sebelum kedatangan
As-Syaikh Abdullah Al-Qar'aawii rahimahullah pada tahun 1358 hijriyah.
Pertama
kali beliau membaca Al-Qur`an di bawah bimbingan As-Syaikh Abduh bin
Muhammad Aqil An-Najmi tahun 1355 hijriyah. Kemudian beliau membacanya
di hadapan As-Syaikh Yahya Faqih Absi -seorang yang berpemahaman
Asy'ari- merupakan penduduk Yaman lalu datang dan bermukim di Najamiyah.
Tahun 1358, As-Syaikh Ahmad An-Najmi masih belajar pada orang ini.
Ketika datang As-Syaikh Abdullah Al-Qar'aawii terjadi perdebatan antara
keduanya (antara As-Syaikh Yahya Faqih Absi dan As-Syaikh Al-Qar'aawii)
dalam masalah istiwa. Dan Allah Ta'ala berkehendak untuk memenangkan
Al-Haq hingga As-Syaikh Yahya yang Asy'ari ini kalah dan pada akhirnya
meninggalkan Najamiyah.
SEKITAR KISAH BELIAU DALAM BELAJAR ILMU
Pada
tahun 1359, setelah perginya guru beliau yang berpemahaman Asy'ari,
As-Syaikh Ahmad An-Najmi bersama kedua bapa saudara beliau, As-Syaikh
Hasan dan As-Syaikh Husein bin Muhammad An-Najmi sering menziarahi
As-Syaikh Abdullah Al-Qar'aawi di kota Shaamithah. Kemudian pada tahun
berikutnya beliau masuk ke Madrasah As-Salafiyah. Dan pada kali ini
beliau membaca Al-Qur`an dengan perintah As-Syaikh Abdullah Al-Qar'aawii
rahimahullah di hadapan As-Syaikh Utsman bin Utsman Hamli rahimahullah.
Beliau menghafal Tuhfatul Athfal, Hidayatul Mustafid, Ats-Tsalatsatul
Ushul, Al-Arba'in An-Nawawiyah dan Al-Hisab. Beliau juga memantapkan
pelajaran khath.
Di Madrasah As-Salafiyah,
As-Syaikh Ahmad An-Najmi yang masih belia ini duduk di majlis yang
ditetapkan oleh As-Syaikh Al-Qar'aawii sampai murid-murid kecil pulang
ke rumah masing-masing setelah shalat zuhur. Namun As-Syaikh Ahmad
An-Najmi tidak ikut pulang bersama mereka. Beliau malah ikut masuk ke
halaqah yang diperuntukkan bagi orang dewasa / murid-murid senior yang
diajari langsung oleh As-Syaikh Al-Qar'aawii. Beliau duduk bersama
mereka dari mulai selesai shalat zuhur sampai datang waktu Isya. Setelah
itu baru beliau kembali bersama kedua bapa saudara beliau ke
kediamannya.
Hal demikian berlangsung
sampai empat bulan hingga akhirnya As-Syaikh Al-Qar'aawii mengizinkan
beliau untuk bergabung dengan halaqah kibaar ini. Di hadapan As-Syaikh
Al-Qar'aawii beliau membaca kitab Ar-Rahabiyah dalam ilmu Fara'id,
Al-Aajurumiyah dalam ilmu Nahwu, Kitabut Tauhid, Bulughul Maram,
Al-Baiquniyah, Nukhbatul Fikr dan syarahnya Nuzhatun Nadhar,
Mukhtasharaat fis Sirah, Tashriful Ghazii, Al-'Awaamil fin Nahwi Mi'ah,
Al-Waraqaat dalam Ushul Fiqih, Al-Aqidah Ath-Thahawiyah dengan syarah /
penjelasan dari As-Syaikh Abdullah Al-Qar'aawii sebelum mereka diajarkan
Syarah Ibnu Abil 'Izzi terhadap Aqidah Thahawiyah ini. Beliau juga
mempelajari beberapa hal dari kitab Al-Alfiyah karya Ibnu Malik,
Ad-Durarul Bahiyah dengan syarahnya Ad-Daraaril Mudliyah dalam fiqih
karya Al-Imam Syaukani rahimahullah. Dan masih banyak lagi kitab lainnya
yang beliau pelajari, baik kitab tersebut dipelajarnya -sebagaimana
kitab-kitab yang disebutkan di atas- maupun kitab-kitab yang digunakan
sebagai perluasan wawasan dari beberapa risalah-risalah dan kitab-kitab
kecil dan kitab-kitab yang dijadikan rujukan ketika diadakan pembahasan
ilmiyah seperti Nailul Authar, Zaadul Ma'aad, Nurul Yaqin, Al-Muwatha'
dan kitab-kitab induk (Al-Ummahat).
Pada
tahun 1362 hijriyah, As-Syaikh Abdullah Al-Qar'aawii mengajarkan di
halaqah kibar ini kitab-kitab induk yang ada di perpustakaan beliau
seperti Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan Nasa'i dan
Muwaththa' Imam Malik. Mereka yang membacakan kitab-kitab tersebut di
hadapan beliau. Namun mereka tidak sampai menyelesaikan kitab-kitab
tersebut kerana mereka harus berpisah satu dengan lainnya disebabkan
paceklik yang menimpa.Dan dengan keutamaan dari Allah, pada tahun 1364
mereka dapat kembali ke tempat belajar mereka dan melanjutkan apa yang
semula mereka tinggalkan. As-Syaikh Abdullah kemudian memberi izin
kepada As-Syaikh Ahmad An-Najmi untuk meriwayatkan kitab induk yang enam
(Al-Ummahat As-Sitt).
Waktu berjalan
hingga sampai pada tahun 1369. Beliau berkesempatan untuk belajar kitab
Ishlahul Mujtama' dan kitab Al-Irsyad ila Ma'rifatil Ahkam karya
As-Syaikh Abdurrahman bin Sa'di rahimahullah dalam masalah fiqih yang
disusun dalam bentuk tanya jawab. Dua kitab ini beliau pelajari dari
As-Syaikh Ibrahim bin Muhammad Al-'Amuudi rahimahullah seorang qadli
daerah Shaamith pada waktu itu. Beliau berkesempatan pula untuk belajar
Nahwu pada As-Syaikh Ali bin Syaikh Utsman Ziyaad Ash-Shomaalii dengan
perintah As-Syaikh Abdullah Al-Qar'aawii rahimahullah dengan membahas
kitab Al-'Awwamil fin Nahwi Mi'ah dan kitab-kitab lainnya.
Tahun
1384, beliau hadir dalam halaqah Syaikh Al-Imam Al-'Allamah Mufti
negeri Saudi Arabia As-Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alus Syaikh
rahimahullah selama hampir dua bulan untuk mempelajari tafsir dalam hal
ini Tafsir Ibnu Jarir Ath-Thabari dengan pembaca kitab Abdul Aziz
Asy-Syalhuub. Pada tahun yang sama beliau juga hadir dalam halaqah
Syaikh Al-Imam Al-'Allamah As-Syaikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah
selama kurang lebih satu setengah bulan guna mempelajari Shahih Bukhari.
Majlis yang terakhir ini diadakan antara waktu Maghrib dan Isya'.
GURU-GURU BELIAU
Syaikh Ahmad An-Najmi memiliki beberapa orang guru sebagaimana bisa dibaca pada keterangan di atas. Guru-guru beliau adalah:
1) As-Syaikh Ibrahim bin Muhammad Al-'Amuudi, seorang qadli di daerah Shaamithah pada zamannya.
2) As-Syaikh Hafidh bin Ahmad Al-Hakami
3)
As-Syaikh Al-Allamah Ad-Da'iyah Al-Mujaddid di daerah selatan kerajaan
Saudi Arabia Abdullah Al-Qar'aawii, beliau adalah guru yang paling
banyak memberikan faedah kepada As-Syaikh Ahmad An-Najmi.
4) As-Syaikh Abduh bin Muhammad Aqil An-Najmi
5) As-Syaikh Utsman bin Utsman Hamli6) As-Syaikh Ali bin Syaikh Utsman Ziyaad Ash-Shomaali
7) As-Syaikh Al-Imam Al-Allamah Mufti negeri Saudi Arabia yang dahulu, Muhammad bin Ibrahim Alus Syaikh.
8) As-Syaikh Yahya Faqih Absi Al-Yamani
MURID-MURID BELIAU
As-Syaikh
Ahmad An-Najmi hafidhahullah memiliki murid yang sangat banyak,
seandainya ada yang mencoba menghitungnya niscaya ia membutuhkan ribuan
lembaran kertas. Namun di sini cukup disebutkan tiga orang saja yang
ketiganya masyhur dalam bidang keilmuan. Mereka adalah:
1) As-Syaikh Al-Allamah Al-Muhaddits penolong Sunnah, As-Syaikh Rabi' bin Hadi Al-Madkhali.
2) As-Syaikh Al-Allamah Al-Faqih Zaid bin Muhammad Hadi Al-Madkhali.
3) As-Syaikh Al-Alim Al-Fadlil Ali bin Nashir Al-Faqiihi.
KECERDASAN BELIAU
Allah
Ta'ala menganugerahkan kepada beliau kecerdasan yang tinggi sekali.
Berikut ini kisah yang menunjukkan kecerdasan dan kemampuan menghafal
beliau sejak kecil -semoga Allah menjaga beliau-:
Berkata
As-Syaikh Umar bin Ahmad Jaradii Al-Madkhali -semoga Allah memberi
taufik kepada beliau-: "Tatkala As-Syaikh Ahmad An-Najmi hadir bersama
kedua pamannya Hasan dan Husein An-Najmi di Madrasah As-Salafiyah di
Shaamithah, tahun 1359 hijriyah, umur beliau saat itu 13 tahun namun
beliau mampu mendengarkan dan memahami pelajaran-pelajaran yang
disampaikan oleh As-Syaikh Abdullah Al-Qar'aawii kepada murid-murid
seniornya. Dan beliau benar-benar menghafal pelajaran-pelajaran
tersebut.
"Aku katakan (yakni As-Syaikh
Muhammad bin Hadi bin Ali Al-Madkhali): "Inilah yang menyebabkan
As-Syaikh Abdullah Al-Qar'aawii menggabungkannya pada halaqah kibaar
yang beliau tangani sendiri pengajarannya. Beliau melihat bagaimana
kepandaiannya, kecepatan hafalannya dan kecerdasannya."
KESIBUKAN BELIAU DALAM MENYEBARKAN ILMU
As-Syaikh
Ahmad An-Najmi menyibukkan dirinya dengan mengajar di madrasah-madrasah
milik gurunya As-Syaikh Al-Qar'aawii rahimahullah semata-mata karena
mengaharapkan pahala. Pada tahun 1367 hijriyah beliau mengajar di
kampungnya An-Najamiyah. Lima tahun kemudian (tahun 1372) beliau pindah
ke tempat yang bernama Abu Sabilah di Hurrats. Di sana beliau menjadi
imam dan guru. Pada tahun berikutnya ketika dibuka Ma'had Ilmi di
Shaamithah, beliau menjadi guru di sana sampai tahun 1384 hijriyah. Saat
itu beliau memutuskan untuk safar ke Madinah guna mengajar di Jami'ah
Al-Islamiyah di sana, namun ternyata beliau mendapat tugas yang lain
sehingga beliau harus kembali ke daerah Jaazaan. Di sini Allah
menghendaki agar beliau menjadi seorang penasehat dan pemberi bimbingan,
dan beliau menjalankan tugas beliau dengan sebaik-baiknya.
Tahun
1387, beliau mengajar di Ma'had Ilmi di kota Jazaan sesuai dengan
permintaan beliau. Pada awal pengajaran tahun 1389 beliau kembali
mengajar di Ma'had Shaamithah dan beliau tinggal di sana sebagai guru
hingga tahun 1410.
Sejak saat itu sampai
ditulisnya biografi ini, beliau menyibukkan diri dengan mengajar di
rumahnya dan di masjid yang berdekatan dengan rumah beliau serta di
masjid-masjid lain dengan tetap menjalankan tugas beliau sebagai
mufti.Beliau -hafidhahullah- dengan semua aktifitas ilmiahnya telah
menjalankan wasiat gurunya untuk terus mengajar dan menjaga /
memperhatikan para pelajar, khususnya pelajar asing dan mereka yang
terputus bekal / nafkahnya dalam penuntutan ilmu. Dan kita dapatkan
beliau -semoga Allah menjaganya- memiliki kesabaran yang menakjubkan.
Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan atas apa yang telah dia berikan
kepada kita.
Dengan wasiat As-Syaikh
Al-Qar'aawii juga, beliau terus melakukan pembahasan ilmiyah dan
mengambil faedah, khususnya dalam ilmu hadits dan fiqih serta ushul ilmu
hadits dan ushul fiqih, hingga beliau mencapai keutamaan dengannya
melebihi teman-temannya. Semoga Allah memberkahi umur beliau dan ilmu
beliau, dan semoga Allah memberi manfaat dengan kesungguhan beliau.
KARYA ILMIAH BELIAU
Beliau
banyak memiliki karya-karya tulis ilmiah, sebagiannya sudah dicetak dan
sebagian lagi belum dicetak. Semoga Allah memudahkan dicetaknya seluruh
karya beliau agar kemanfaatannya tersampaikan pada ummat. Di antara
karya beliau:
1) Awdlahul Irsyad fir Rad 'ala Man Abaahal Mamnuu' minaz Ziyaarah
2) Ta'sisul Ahkam Syarah Umdatul Ahkam, telah dicetak dari karya ini satu juz yang kecil / tipis sekali.
3) Tanzihusy Syari'ah 'an Ibaahatil Aghaanil Khali'ah.
4) Risalatul Irsyaad ila Bayanil Haq fi Hukmil Jihaad.
5) Risalah fi Hukmil Jahri bil Basmalah
6) Fathur Rabbil Waduud fil Fatawa war Ruduud.
7) Al-Mawridul 'Udzbuz Zalaal fiimaa Intaqada 'ala Ba'dlil Manaahijid Da'wiyah minal 'Aqaaid wal A'maal.
Dan
masih banyak lagi dari tulisan-tulisan beliau yang bermanfaat yang
beliau persembahkan untuk kaum muslimin, semoga Allah membalas beliau
dengan sebaik-baik pahala dan semoga Allah menjadikannya bermanfaat bagi
Islam dan muslimin.Demikian akhir biografi beliau yang dapat kami
haturkan pada para pembaca, walhamdulillah
(Diterjemahkan
secara ringkas oleh Al-Ustadz Abu Ishaq Muslim Al-Atsari dari
mukaddimah kitab Al-Mawridul 'Udzbuz Zalaal fiimaa Intaqada 'ala Ba'dlil
Manaahijid Da'wiyah minal 'Aqaaid wal A'maal, hal 3-10).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.