SYAIKH ROBI` IBN HADI IBN MUHAMMAD UMAYR AL MADKHOLY
Nama dan nasab beliau:
Beliau
adalah Asy-Syaikh Al-‘Allamah Al-Muhaddith Robi’ bin Hadi bin Muhammad
‘Umayr Al-Madkhali, berasal dari suku Al-Madakhilah yang terkenal di
Jaazaan, sebuah daerah di sebelah selatan Kerajaan Arab Saudi. Suku ini
termasuk keluarga Bani Syubail, sedangkan Syubail adalah anak keturunan
Yasyjub bin Qahthan.
Kelahiran beliau:
Syaikh
Rabi’ dilahirkan di desa Al-Jaradiyah, sebuah desa kecil di sebelah
barat kota Shamithah sejauh lebih kurang tiga kilometer . Beliau
dilahirkan pada akhir tahun 1351 H. Ayahanda beliau meninggal ketika
beliau masih berumur sekitar satu setengah tahun, beliau tumbuh
berkembang di pangkuan bondanya -semoga Allah Ta’ala merahmatinya. Bonda
membimbing dan mendidik beliau dengan sebaik-baiknya, mengajarkan
kepada beliau akhlak yang terpuji, berupa kejujuran mahupun sifat
amanah, juga memotivasi putranya untuk menunaikan shalat dan meminta
beliau mengerjakan mengikut sunnah ibadah tersebut. Selain pengasuhan
ibunya, beliau diawasi dan dibimbing pula oleh bapa saudaranya (dari
pihak ayah).
Perkembangan Keilmuan
Ketika
Syaikh Robi’ berusia lapan tahun, beliau masuk sekolah yang ada di
desanya. Di sekolah tersebut beliau belajar membaca dan menulis.
Termasuk guru yang membimbing beliau dalam belajar menulis adalah
Asy-Syaikh Syaiban Al-‘Uraisyi, Al-Qadli Ahmad bin Muhammad Jabir
Al-Madkhali dan dari seseorang yang bernama Muhammad bin Husain Makki
yang berasal dari kota Shibya’. Syaikh R0bi’ mempelajari Al Qur`an di
bawah bimbingan Asy-Syaikh Muhammad bin Muhammad Jabir Al-Madkhali
disamping belajar ilmu tauhid dan tajwid.Setelah lulus, beliau
melanjutkan pengajiannya ke Madrasah As-Salafiyyah di kota Shamithah.
Termasuk guru beliau di madrasah tersebut adalah Asy-Syaikh Al-‘Alim
Al-Faqih Nashir Khalufah Thayyasy Mubaraki rahimahullah, seorang alim
kenamaan yang termasuk salah satu murid besar Asy-Syaikh Abdullah
Al-Qar’awi rahimahullah. Di bawah bimbingannya, Syaikh Robi’ mempelajari
kitab Bulughul Maram dan Nuzhatun Nadhar karya Al-Hafidh Ibnu Hajar
rahimahullah Ta’ala.Kemudian beliau belajar di Ma’had Al-‘Ilmi di
Shamithah kepada sejumlah ulama terkemuka, yang paling terkenal adalah
Asy-Syaikh Al-‘Allamah Al-Masyhur Hafiz bin Ahmad Al-Hakami rahimahullah
Ta’ala dan saudaranya Fadlilatusy Syaikh Muhammad bin Ahmad Al-Hakami,
juga kepada Asy-Syaikh Al-‘Allamah Al-Muhaddits Ahmad bin Yahya An-Najmi
hafidhahullah. Di ma’had tersebut beliau belajar akidah kepada
Asy-Syaikh Al-’Allamah Doktor Muhammad Amman bin ‘Ali Al-Jami(antara
murid kesayangan Asy Syaikh Al Allamah Ibn Bazz). Demikian pula kepada
Asy-Syaikh Al-Faqih Muhammad Shaghir Khamisi, beliau mempelajari ilmu
fikih dengan kitab Zaadul Mustaqni’ dan kepada beberapa orang lagi
selain mereka, di mana Syaikh mempelajari ilmu bahasa Arab, adab, ilmu
Balaghah dan ilmu ‘Arudl (cabang-cabang ilmu bahasa Arab-pent.)Tahun
1380 H seusai ujian penentuan akhir, beliau lulus dari Ma’had Al-‘Ilmi
di kota Shamithah dan di awal tahun 1381 H beliau masuk ke Fakultas
Syari’ah di Riyadl selama beberapa waktu lamanya, sekitar satu bulan,
satu setengah atau dua bulan saja. Ketika Jamiyyah Islam Madinah
didirikan, beliau pindah ke sana dan masuk ke Fakulti Syari’ah. Beliau
belajar di Jamiyyah tersebut selama empat tahun dan lulus darinya pada
tahun 1384 H dengan cemerlang.
Di antara guru-guru beliau di Jamiyah Islam Madinah adalah:
•
Mufti besar Kerajaan Arab Saudi, Samahatusy Syaikh Al-‘Allamah ‘Abdul
‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz rahimahullah Ta’ala, kepada beliau Syaikh
Rabi’ mempelajari Aqidah Thahawiyah
•Fadlilatusy Syaikh Al-‘Allamah Muhammad Nashiruddin Al-Albani, mempelajari bidang ilmu hadits dan sanad.
•
Fadlilatusy Syaikh Al-‘Allamah ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbad, mempelajari
ilmu fikih tiga tahun lamanya dengan kitab Bidayatul Mujtahid.
•
Fadlilatusy Syaikh Al-‘Allamah Al-Hafidh Al-Mufassir Al-Muhaddits
Al-Ushuli An-Nahwi wal Lughawi Al-Faqih Al-Bari’ Muhammad Al-Amin
Asy-Syinqithi, penulis tafsir Adlwaul Bayan, kepada beliau Syaikh Rabi’
mempelajari ilmu tafsir dan ushul fikih selama empat tahun.
• Asy-Syaikh Shalih Al-‘Iraqi, belajar akidah.
• Asy-Syaikh Al-Muhaddits ‘Abdul Ghafar Hasan Al-Hindi, belajar ilmu hadits dan mushthalah.
Setelah
lulus, beliau menjadi pensyarah di Universitas Islam Madinah selama
beberapa waktu, kemudian beliau melanjutkan studi ke master dan berhasil
meraih gelar master di bidang ilmu hadits dari Jamiyyah Al-Malik ‘Abdul
‘Aziz cabang Mekkah pada tahun 1397 H dengan disertasi beliau yang
terkenal, berjudul Bainal Imamain Muslim wad Daruquthni. Pada tahun 1400
H beliau berhasil menyelesaikan PHD di Jamiyyah yang sama, dengan
cemerlang setelah beliau menyelesaikan tahqiq (penelitian, komentar
–pent.) atas kitab An-Nukat ‘ala Kitab Ibni Ash-Shalah, karya Al-Hafiz
Ibnu Hajar rahimahullahu Ta’ala.Syaikh Robi’ kemudian kembali ke
Jamiyyah Islam Madinah dan menjadi pensyarah di FakultiHadith. Beliau
mengajar ilmu hadith dengan segala bentuk dan cabangnya, serta
berkali-kali menjadi ketua jurusan Qismus Sunnah untuk program pasca
sarjana dan sekarang beliau menjabat sebagai pensyarah kanan. (Beliau
telah bersara dari Jamiyyah dan meneruskan dakwah di Mamlakah al
Arobiyyah as Saudiyyah) Semoga Allah menganugerahkan kepada beliau
kenikmatan berupa kesehatan dan penjagaan dalam beramal kebaikan.
Sifat dan akhlak beliau
Syaikh
Robi’ hafidzahullah Ta’ala memiliki keistimewaan berupa sifat sangat
rendah hati dihadapan saudara-saudaranya, murid-muridnya mahupun kepada
para tamunya. Beliau seorang yang sangat sederhana dalam hal tempat
tinggal, pakaian mahupun kendaraan, beliau tidak menyukai kemewahan
dalam semua urusan ini.
Beliau adalah
seorang yang selalu ceria, berseri-seri wajahnya dan sangat ramah,
membuat teman duduk beliau tidak merasa bosan dengan kata-kata beliau.
Majlis beliau senantiasa dipenuhi dengan pembacaan hadith dan Sunnah
serta tahdzir (peringatan-pent.) dari kebid’ahan dan para pelakunya,
sehingga orang yang belum mengenal beliau akan menyangka bahwa tidak ada
lagi kesibukan beliau selain hal tersebut.
Syaikh
R0bi’ sangat mencintai salafiyyin penuntut ilmu, beliau menghormati dan
memuliakan mereka. Beliau berusaha untuk dapat memenuhi kebutuhan
mereka sesuai kemampuan beliau, baik dengan diri sendiri maupun dengan
harta. Rumah beliau selalu terbuka untuk para penuntut ilmu,
sampai-sampai hampir tidak pernah beliau bersarapan pagi ,makan
tengahari mahupun makan malam sendirian, kerana selalu saja ada pelajar
yang mengunjungi beliau. Beliau menanyakan keadaan mereka dan membantu
mereka.
Syaikh Rabi’ termasuk ulama yang
sangat bersemangat menyeru kepada Al-Kitab dan As-Sunnah serta akidah
salaf, penuh semangat dalam mendakwahkannya dan beliau adalah pedang
Sunnah dan akidah salaf yang amat tajam, yang amat sedikit bandingannya
di masa sekarang. Beliau adalah pembela Sunnah dan kehormatan salafus
salih di zaman kita ini, siang dan malam, secara rahsia maupun
terang-terangan yang tidak terpengaruh oleh celaan orang-orang yang suka
mencela.
Karya-karya beliau
Syaikh
Rabi’ memiliki sejumlah karya tulis -Alhamdulillah – beliau
hafidzahullah telah membicarakan berbagai bab yang sangat diperlukan ,
terlebih khusus lagi dalam membantah para pelaku bid’ah dan para
pengikut hawa nafsu di zaman yang penuh dengan para perosak namun
sedikit orang yang berbuat ishlah (perbaikan, pent.) Di antara karya
beliau :
1. Bainal Imamain Muslim wad Daruquthni, sejilid besar dan ini merupakan thesis beliau untuk meraih gelar master.
2. An-Nukat ‘ala Kitab Ibni Ash-Shalah, telah dicetak dalam dua juz dan ini merupakan disertasi program doktoral beliau.
3. Tahqiq Kitab Al- Madkhal ila Ash-Shahih lil Hakim, juz pertama telah dicetak.
4. Tahqiq Kitab At-Tawasul wal Wasilah lil Imam Ibni Taimiyyah, dalam satu jilid.
5. Manhajul Anbiya` fid Da’wah ilallah fihil Hikmah wal ‘Aql.
6. Manhaj Ahlis Sunnah fii Naqdir Rijal wal Kutub wat Thawaif.
7.
Taqsimul Hadits ila Shahih wa Hasan wa Dla’if baina Waqi’il Muhadditsin
wa Mughalithatil Muta’ashibin, sebuah bantahan terhadap ‘Abdul Fatah
Abu Ghuddah dan Muhammad ‘Awamah.
8. Kasyfu Mauqifi Al-Ghazali minas Sunnah wa Ahliha.
9. Shaddu ‘Udwanil Mulhidin wa hukmul Isti’anah bi ghairil Muslimin.10. Makanatu Ahlil Hadits.
11. Manhajul Imam Muslim fii Tartibi Shahihihi.
12. Ahlul Hadits Hum Ath-Thaifah Al-Manshurah An-Najiyah hiwar ma’a Salman Al-‘Audah
13. Mudzakarah fil Hadits An-Nabawi.
14. Adlwa` Islamiyyah ‘ala ‘Aqidah Sayyid Quthb wa Fikrihi.
15. Matha’inu Sayyid Quthb fii Ashhabi Rasulillahi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
16. Al-‘Awashim mimma fii Kutubi Sayyid Quthb minal Qawashim.
17. Al-Haddul Fashil bainal Haq wal Bathil hiwar ma’a Bakr Abi Zaid.
18. Mujazafaatul Hiddaad.
19. Al-Mahajjatul Baidla` fii Himaayatis Sunnah Al-Gharra`.
20. Jamaa’ah Waahidah Laa Jamaa’aat wa Shiraathun Wahidun Laa ‘Asyaraat, hiwar ma’a ‘Abdirrahman ‘Abdil Khaliq.
21. An-Nashrul Aziiz ‘ala Ar-Raddil Wajiiz.
22. At-Ta’ashshub Adz-Dzamim wa Aatsaruhu, yang dikumpulkan oleh Salim Al-‘Ajmi.
23. Bayaanul Fasaadil Mi’yar, Hiwar ma’a Hizbi Mustatir.
24. At-Tankiil bimaa fii Taudhihil Milyibaari minal Abaathiil.
25. Dahdlu Abaathiil Musa Ad-Duwaisy.
26. Izhaaqu Abaathiil ‘Abdil Lathif Basymiil.
27. Inqidladlusy Syihb As-Salafiyyah ‘ala Aukaar ‘Adnan Al-Khalafiyyah.
28. An-Nashihah Hiyal Mas`uliyyah Al-Musytarakah fil ‘Amal Ad-Da’wi, diterbitkan di majalah At-Tau’iyyah Al-Islamiyyah
29.
Al-Kitab was Sunnah Atsaruhuma wa makaanatuhuma wadl Dlarurah ilaihima
fii Iqaamatit Ta’liimi fii Madaarisinaa, artikel majalah Al-Jami’ah
Al-Islamiyyah, edisi 16.
30. Hukmul Islam
fii man Sabba Rasulallah au Tha’ana fii Syumuli Risaalatihi, artikel
koran Al-Qabas Al-Kuwaitiyyah edisi 8576 tahun 9/5/1997.
Syaikh
Rabi’ memiliki karya tulisan lain selain apa yang telah disebutkan di
sini. Kita memohon kepada Allah agar memberikan pertolongan-Nya untuk
menyempurnakan usaha-usaha kebaikan yang beliau lakukan dan semoga Allah
memberikan taufik kepada beliau kepada perkara-perkara yang dicintai
dan diridlai-Nya, Dia-lah penolong semua itu dan maha mampu atasnya.
(Dinukil dari Mauqi’ Asy-Syaikh Rabi’ hafidzahullah dengan sedikit perubahan)
(Dikutip
dari terjemah buku karya Syaikh Abu ‘Abdillah Khalid bin Dlahwi
Adz-Dzufairi, edisi Bahasa Indonesia Mengenal Lebih Dekat Asy Syaikh
Rabi' Bin Haadi al Madkhali, Sosok Ulama Pembela Sunnah Nabi.
Diterjemahkan Ummu Affan, penerbit Media Ahlus Sunnah, Purwokerto
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.